High Level of Thinking [HLT]

understanding the concept of knowledge

Syurga itu

bayangkan syurga itu tidak mampu terbayang oleh manusia.

[Gambaran Syurga]

p/s : konklusinya:

sesempuna tempat adalah syurga, teknologi yg tak pernah mampu manusia capai.

segalanya dengan niat. (mampu bayang)

segalanya penuh kenikmatan dan kebahagiaan (mampu bayang)

tapi nape makin bnyak ilmu islam, makin kurang keyakinan, makin kurang amalan.

- makin sanggup kita berhutang utk diri sendiri bukan utk islam

- makin bnyak duit di salurkan pada makanan bukan pada sedeqah.

- makin banyak sumbangan pada harta, sedikit sumbangan pada islam.

apa yg masih menjadi pelik dlm pikiran ku. makin bnyak ilmu, makin ramai org miskin. padahal sumber yg kita ada melebihi dari manusia yg ada di bumi ni.

- adakah pendidikan hari ini sentiasa menyuap ubat metarialistik.

ukuran bahagia itu pada harta.

ukuran berjaya itu pada harta.

sistem peilaian apa yg menjadi pegangan kita hari ini?

“aq hnya perlukan duit, bukan mahukan duit.”

perlukan duit utk keperluan.

Allah itu cantik dan cintakan kecantikan.

cantik sekadar cuma. bukan berlebih2.

tepuk dada, tanya iman?

nasihat ini, utk diriku terutamanya.

(something wrong with this world)

Our SuperHeroes.

Membesar dengan kisah-kisah manusia hebat yang diceritakan bonda setiap malam sebelum tidur membuatkan saya sangat mencintai mereka.

Abu Ubaidah alJarrah r.a, Bara’ Malik alAnsori r.a, Abu Bakr asSiddiq r.a, Umar alFarouq r.a, Khalid alWalid r.a, Mus’ab Bin Umair r.a, Ja’afar Bin Abi Talib r.a. dan ribuan bintang-bintang lain yang menyinari lipatan sejarah dunia. Mereka manusia hebat. Mereka manusia terpilih yang telah meredhai Allah dan Allah meredhai mereka.

Mereka dijamin syurga semenjak masih hidup. Malah, mereka menjadi pendamping dan pendokong Rasulullah s.a.w. belahan hati yang selayaknya kita cintai.

Namun, zaman itu telah berlalu. Jauh. Terasa sangat jauh untuk kita kejar mencontohi. Malah terasa suasana jauh berbeza. Jahiliyyah semakin zalim dan kejam. Iman terus menerus dicalari dan ditusuk.

Maka akan terluah penuh lelah, “mereka hebat kerana mereka sahabat Rasulullah.. Mereka berada di zaman yang jahiliyyahnya adalah kebodohan dan batu. Tetapi jahiliyyah hari ini lebih dahsyat membunuh..

apakah mungkin kita akan terpelihara seperti mereka?”

Mereka Ikhwanku, Kalian Sahabatku.

Sheikh Raed Solah
Pernah suatu hari, ketika sahabat-sahabat sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w, baginda menyebut, “aku merindui ikhwanku..”. 

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

“Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? “ Saidina Abu Bakar bertanya penuh tanda tanya.

“Tidak, wahai Abu Bakar. Kalian adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara Rasulullah bernada rendah.

“Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, “Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: “Siapakah yang paling ajaib imannya?” tanya Rasulullah.

“Malaikat,” jawab sahabat.

“Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, “Para nabi.”

“Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.”


“Mungkin kami,” celah seorang sahabat.

“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau,”pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

“Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui,”jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

“Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah.

“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. 



…….

Bukankah sangat cantik kisah ini? :’)

Air mata pasti bergenang setiap kali ruh kerinduan baginda s.a.w menguasai. Benar. Yang dirinduinya adalah ummat hari ini. Kita. Dan mereka yang turut sama mengimani ketauhidan tersebut.


Ikhwan Yang Hebat Terus Dilahirkann Bukankah Kekuatan Itu Bukan Mustahil?



Ismail Haniyyeh
Perdana Menteri Palestin yang paling digeruni Israel.


Ketika saat kita merasakan untuk mencontohi para salafussoleh itu sesuatu yang mustahil, lantas selongkarlah dunia. Kita akan menemenui suatu kelompok yang hidup sezaman dengan kita serta merempuh jahiliyyah yang sama dahsyat dengan kita, namun mereka mampu menjadi bintang-bintang bersinar yang menyinari dunia Islam.

Sungguh. Apabila mengalami suatu fatrah yang cenderung futur, maka kisah-kisah mereka akan saya selongkar di internet. Lantas jadi malu dengan diri sendiri.


Mereka tumbuh dari rimbunan masyarakat rosak yang sama. Bahang matahari jahiliyyah yang terik tetap sama pedih membakar. Namun mereka mampu tumbuh subur sebagai pohon terbaik seluruh alam. Buah mereka menyegarkan manusia yang kehausan. Bunga mereka harum disebar angin bayu ke serata dunia. Rendang mereka meneduhkan musafir yang lelah berjalan.


Hebatnya mereka acuan Tauhid dan Iman. Dan benarlah seperti apa yang disabda baginda s.a.w. 1400 tahun yang lalu:


Akan senantiasa ada satu kelompok dari umatku yang berperang di atas urusan Allah. Mereka mengalahkan musuh-musuh mereka. Orang-orang yang memusuhi mereka tidak akan mampu menimpakan bahaya kepada mereka sampai datangnya kiamat, sementara keadaan mereka tetap konsisten seperti itu.” (HR Muslim)

Maka, bukankah sesuatu yang rugi jika kita tidak berusaha mencontohi mereka?


Wahai Anak-Anak, Merekalah SuperHeroes mu!

Menjadi sesuatu yang memalukan jika hari ini, anak-anak kita masih didedahkan dengan superhero-superhero ciptaan jahiliyyah seperti Batman, Ben10, Naruto, Supeman dan sebagainya yang palsu dan sia-sia sedangkan dalam masa yang sama ada peribadi-peribadi mulia yang lebih layak untuk diangkat untuk dicontohi.
Recep Tayyip Erdogan
Perdana Menteri Turkey
Ketika awal AKP memenangi kerusi parlimen Turkey, 2002 saya masih di bangku sekolah rendah. Namun akibat minat terhadap fakta dan sejarah, maka kisah mereka telah saya korek.


Walaupun perjalanan AKP adalah sangat panjang, namun dunia baru terledak dengan keberanian tokoh ini selepas peristiwa di awal tahun 2009 apabila Erdogan dengan berani menempelak Presiden Israel dalam World Economic Forum sebelum keluar sebagai tanda bantah terhadap serangan Gaza.

                      

The most adorable man in the whole world!


Kisah Lanjut: Recep Tayyip Erdogan 

asSyahid Furkan Dogan

Pemuda ini sebaya saya. Dan jujur, saya malu untuk mengaku. Kerana beliau telah 2 tahun berada di dalam syurga, sedangkan saya masih bergelumang dengan dunia.

Antara kata-kata akhir yang dicatat sebelum kesyahidannya yang membuatkan saya rasa terpukul,

“It is the last hours to martyrdom, insha’Allah. I am wondering if there is a more beautiful thing. The more beautiful thing is only my mother, but I’m not sure. The comparison is very difficult. Martyrdom or my mother? Now, the hall has been evacuated. So far people were not serious, but they have become serious recently.

Bukankah itu bukti bahawa jiwanya terpelihara sehingga hanya ada 2 perkara yang paling dicintainya iaiatu syahid dan ibunya sendiri.

Sungguh. Saya malu dengannya.

Kisah lanjut: Furkan Dogan.

 

Bulent Yildirim
Presiden NGO kebajikan yang melangkaui bangsa dan sempadan, IHH.

Dizinkan Allah untuk terlibat dalam kerja-kerja sukarelawan bermula semasa perang Bosnia 1995. Seterusnya secara serius bergerak membantu kerja-kerja amal kebajikan dan jihad. Dan yang pastinya menjadi antara tokoh yang sangat hajat untuk saya temui..T_T


IHH termasuk dalam senarai Persatuan Radikal dan Terroris oleh pihak Israel, namun itu bukan sesuatu yang menghalang.Dan hari ini, kita mampu lihat IHH menjadi pihak pertama dalam mana-mana kawasan saudara Muslim yang memerlukan.


Semoga Allah memberkahi mereka dan memuliakan mereka dalam kalangan makhluk langit insyaAllah.


Kisah Lanjut: Bulent Yildirim.
asSyahid Yahya Ayyash
Antara engineer terawal Bridge alQassam (sebelum Muhannad). Syahid ketika berusia 30 tahun dalam tahun 1996 dengan cara kotor iaitu asSyahid telah diberikan telefon mudah alih (handphone) yang dicipta bersama bom jangka melalui orang kepercayaan beliau oleh pihak Israel. Apabila asSyahid menggunakannya, satelite Israel mampu mengesani sekaligus mengaktifkan bom tersebut.

asSyahid menjadi orang yang paling dikehendaki Israel selama 3 tahun selepas berjaya merancang misi yang membunuh lebih 90 orang tentera Israel.

Kisah Lanjut: Yahya Ayyash.


 

asSyahid Muhannad atThohir
engineer ke4 Bridge alQassam.

Syahid pada tahun 2002 ketika umurnya 26 tahun setelah berjaya menjadi orang yang paling dikehendaki oleh Israel kesan kehebatannya yang bertanggungjawab merancang pembunuhan lebih 100 orang tentera Israel.

Ketika pihak Israel mahu membunuhnya, mereka mengepung bandar yang telah dikosongkan dengan segala kekuatan kereta kebal-kereta kebal, helikopter-helikopter dan tentera-tentera yang lengkap manakala asSyahid cuma bersama seorang sahabatnya. 2 orang berhadapan kekuatan jentera besar musuh, bukankah itu sesuatu yang sepatutnya memalukan pihak musuh?


 

Abdul Razak Thollas

Abdul Razak merupakan salah seorang tentera Syria yang keluar semenjak di awal kebangkitan dan menyertai Tentera Pembebas Syria. 

Dan sekarang beliau memimpin sebuah angkatan batalion yang diberi nama alFarouq.

Semoga Allah memenangkan mereka ke atas kezaliman Basyar dan juga menghadiahkan mereka sebaik-baik pengakhiran iaitu syahid.

 
video pemuda hebat .

 

Saya memberi namanya Umar Huriyye.
Sangat mendoakan agar suatu hari nanti, saya mampu melahirkan putera secekal dan sehebatnya. Sungguh-sungguh.

Baru berusia 4 tahun, namun telah menjadi mujahid yang berjiwa besar. Umar yang lantang dengan suara comelnya telah menyaksikan sendiri bondanya dibunuh di hadapan mata. Tidak seperti kanak-kanak yang lazimnya akan fobia dan kemurungan, Umar bahkan semakin sedar dan faham apa itu perjuangan yang mendewasakan.

Wahai Umar, melihat kamu yang hebat, membuatkan saya terfikir, alangkah bagusnya jika dapat saya ketahui rahsia kehebatan ayah bondamu sehingga lahirnya kamu, sang mujahid kecil berjiwa singa.

:’)
 

anak ajaib.

Penutup: Mujahadah Melahirkan Mujahid.


Malu untuk mengaku, tetapi saya menyimpan satu impian yang besar. Mungkin terlalu besar sehingga saya merasakan sesuatu yang mustahil untuk terjadi. Namun terus mendoakan semoga Allah memakbulkan impian saya yang penuh kelemahan.


Impian saya, semoga dari rahim ini lahirnya manusia-manusia yang hebat. Mungkin jika belum termakbul untuk anak-anak, saya tetap mendoakan semoga generasi yang seterusnya akan diizinkan Allah.


T_T


Dan pastilah, persiapan untuk membina mujahid-mujahid itu mesti dimulai sekarang. Semoga Allah menguatkan.

 

Norman Finkelstein
Antara tokoh non-muslim yang sangat saya kagumi. 
Semoga Allah menghadiahkan beliau kemuliaan Islam. Ameen.


nota kaki:
-Bagaimana mahu sentiasa menjadi muslim yang terbaik? T_T


-Ramadhan semakin hampir. Mari terus berusaha melakukan persediaan yang terbaik. Semoga dikuatkan untuk peroleh ijazah Taqwa yang cemerlang insyaAllah.

(Source: lurv4allahthealmighty.blogspot.com)

Analogi 0

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

kita masih berpijak di atas bumiNya,berada di bawah langitNya..maka berhati-hatilah dengan setiap kata dan laku..kerana empunya bumi dan langit sedang memerhati..AllahuBasir..Allah itu Maha Melihat.. :)

erm,siapa sini tak pernah tengok telur ayam?? *apa punya soalan lah ni..

struktur telur ayam mentah ada 2-kuning telur dan putih telur..

gambar sekadar hiasan..credit to : deviant art :)

ok,kita tengok..struktur mana yang membentuk diri menjadi ayam?telur kuning bukan?dan telur putih itu berfungsi sebagai pelindung kepada telur kuning dan memberi zat kepadanya..

supaya akhirnya telur kuning itu mampu menjadi anak ayam yang comel..subhanaLlah..

sekarang elya nak tanya,kalau perlu memilih..yang mana perlu dibuang,putih telur atau kuning telur?tapi still tujuan masih ingin mendapatkan seekor anak ayam.. -fikir..fikir..fikir..

ya,kita tak mampu mengeluarkan salah satu darinya..andai kita buang kuning telur,pastilah anak ayam mustahil untuk terhasil..

sekiranya putih telur yang dibuang,kuning telur takkan mampu untuk survive menjadi seeokor anak ayam..

Matlamat dan Alat

putih telur adalah ALAT bagi memastikan telur kuning yang merupakan MATLAMAT kita akhirnya menjadi seekor ayam..

dan kedua-duanya harus berkoblarasi..

begitu juga dalam hidup kita..andai ditanya,apakah matlamat aku?memiliki kereta besarkah?bergaji besarkah?berjawatan besarkah?atau apa?refleksi diri kembali..

Allahu Ghayatunaa

duhai sahabat2 yang dicintai kerana Allah..Allah lah sebenar-benar matlamat hidup kita..bukankah kita sudah berjanji,

“sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah swt” [Al-An’am:162] 

segala yang ada disekeliling kita ; cinta manusia,harta benda,wang dan kereta,rumah berpagar permata,ilmu yang ada dalam dada etc,jadikanlah itu semua sebagai alat kita untuk mencapai matlamat yakni ALLAH..

jernihkan kembali matlamat hidup kita..moga Allah redha,bukan setakat di dunia sahaja,malah di akhirat jua..insyaAllah.. ;)

waLlahua’lam..

bicara elya : bila hidup mempunyai matlamat,segalanya akan tersusun indah mengikut syariat..tiada keluh,tiada kesah..hanya menunggu saat yang terindah..menunggu janji Allah di Taman Jannah..AllahuAllah.. :)

(Source: elya-mujahadah.blogspot.com)

Why Society Is Failing Young Boys

Have you noticed how guys are being portrayed in movies lately? Unless you’ve been living under a rock you’ve seen at least one of these: Knocked Up, Failure to Launch, Hall Pass, Old School, or theJackass series.

All the leading male characters are presented as expendable losers usually incapable of taking responsibility for themselves, often plotting intricate but seldom realized plans to get laid, and generally running the opposite direction of any kind of commitment. Not only do they avoid the future, sometimes they attempt to re-live past glory in order to avoid living in the present. It seems these guys don’t have much value to contribute to society beyond their ability to entertain the other male characters, and of course, the audience.

It might be that the media is just reflecting real-life trends: in record numbers guys are flaming out academically, wiping out with girls socially, and failing sexually with women later on. But what if the reverse is also true?

As entertaining as these movies can be, what are the effects these stereotypes of men have on the young guys growing up watching them? When we conducted a 20,000 person survey for our book,The Demise of Guys: Why Boys Are Struggling and What We Can Do About It, we wanted to find out the factors contributing to motivational and social problems in today’s young men. The most popular response we got across the broad spectrum of answers - nearly two-thirds of participants agreed - it was because of conflicting messages from media, institutions, parents, and peers about what is acceptable and desirable male behavior.

This means guys aren’t sure what it means to be a man, that the people that need to be showing them the way aren’t available guides, and it’s affecting their ability to succeed. Fathers especially have dropped the ball; America leads the industrialized world in fatherlessness. Forty percent of all children in America are born to single mothers; that rate is 50% for mothers under 30, and 70% for African-Americans. While moms are great at giving unconditional love regardless of their child’s performance, dads motivate sons to try harder, not to give up, to work for success. But even for those with dads, the average school-age boy in America spends half an hour a week in one-to-one conversation with his father. Compare that with an average of 44 hours a week spent in front of a television or computer screen.

Without better male role models in real life, guys become confused about what constitutes acceptable male behavior. They don’t recognize the images presented in video games, movies, television, and porn as caricatures. Recent research conducted by Maya Götz and Dafna Lemish revealed that boys are more vulnerable than girls to absorbing the messages of media. Girls will usually pick and choose what they like about a certain story and incorporate it into their daydreams, but boys, will imagine themselves in the position of their heroes and want to experience a story similar to the original version.

Boys aren’t spending enough time with fathers or mentors who can show them the way they’re supposed to behave as healthy men and it’s no longer an isolated problem. This is the first time in American history that boys are having less education than their fathers. Many young men see their future as bleak and about 70% of them don’t feel they’ll be as capable as their peers in other first world countries.

In the 2006 PBS documentary, Raising Cain: Boys in Focus, we learned that shockingly, 85% of all stimulant medications are prescribed to American boys. This brain-behavior interaction is also impacted by the social variable of fatherhood. A 2010 study of over a million Swedish children ages 6 to 19 found that kids raised by single parents were 54% more likely to be on ADHD medication, and the National Center for Health Statistics reports that a child of unwed or divorced parents who lives only with their mother is 375% more likely to need professional treatment for emotional or behavioral problems.

There is now evidence for reciprocal causality for attention problems and impulsiveness, and video game playing. Researchers at Iowa State University and Singapore examined over 3,000 children and adolescents for a 3-year period and found that even when controlling for gender, age, race, SES, and earlier attention problems, kids who spend more time playing video games have a higher rate of attention problems. They also found that kids who are more impulsive or start out with more attention problems will then spend more time playing video games, thus leading to a higher likelihood of subsequent additional attention problems or impulsivity. Video gaming has also been associated with decreased school performance, desensitization to violence, and can influence how one learns and socializes due to a lack of balance between time spent gaming and engaging in other activities, like socializing with friends and girls.

Schools too, are increasingly becoming a place where men aren’t present either as mentors or role models. According to the National Education Association the number of male teachers is approaching a 40-year low. With reading assignments with heroines, like Wuthering Heights, and the removal of recess and hands-on learning, it’s becoming difficult for boys to find any subject in school that’s interesting to them or that stimulates their imaginations. 

Video games have become an enchanting alternative for guys’ fantasies. Given the choice between traditional schoolwork and endlessly exciting and varied video games there’s little contest. The average teenage guy plays about 13 hours of video games a week. This adds up to 676 hours a year, or the entire month of February. Jane McGonigal, Ph.D., Director of Games Research and Development at Palo Alto’s Institute of the Future, estimates that the average young person will be spending 10,000 hours gaming by the age of 21. To put this in context, it takes the average college student half that time - 4,800 hours - to get a bachelor’s degree.

Exacerbating the problem for boys and young men is the new availability, 24/7, of freely accessible Internet pornography. Excessive and isolated porn use has become a new form of arousal addiction in which one needs variety to avoid habituation, and the porn industry, like the video game industry, is ready and willing to offer an almost infinite array of variety in their content.

It’s time for men to step up and take responsibility for our boys. It’s time for moms not to be content that their son is “safe” up his room, doing whatever, but to engage him more fully in conversations, to encourage him to track his activities for a week, to have friends over, and be a more social animal. The current generation of boys and men need more real male role models, courageous, compassionate and heroic ones, and less modeled after the losers in Knocked Up, and with fewer Hall Passes.

(Source: The Huffington Post)

Jiwa Saya Lemah

Jiwa saya lemah cikgu
Saya rasa tidak mampu untuk melaksanakan kerja Islam
Saya tak qowi (kuat) macam mereka


Itulah antara keluhan dan aduan yang selalu saya terima dan sering saya tanyakan semula; Adakah kamu lemah atau terpedaya? Ya, itulah persoalannya. Adakah kita lemah atau terpedaya.

Kalau kita lemah, Allah tidak suruh kita buat diluar batas kemampuan kita. Kalaupun kita lemah takkan tidak ada sesuatupun yang boleh kita lakukan untuk diri kita dan Islam, takkan kita tidak mampu bermunajat memohon kekuatan untuk saudara-saudara kita yang sedang berjuang juga untuk kita bangun semula, takkan kita tidak mampu berkata benar, memaafkan kesalahan orang lain tanpa diminta, berbaik sangka dan berbagai amal lain lagi yang dapat mengindahkan dunia dengan warna-warna Islam. Takkan kita tidak mampu sumbangkan RM 1 untuk Palestine atau mungkin 50 sen.

Persoalannya, benarkah kita lemah atau kita terpedaya dengan tipudaya syaithan yang membisikkan kelemahan pada jiwa kita dan menaburkan benih keraguan hingga kita terdiam tanpa doa dan taubat, hingga kita panjangkan menungan kita hingga kita melupakan penderitaan umat.

Kita adalah diri kita sendiri. Kekuatan kita tidak akan tertingkat melainkan kita berusaha untuk meningkatkannya. Kita juga tidak ada banyak masa untuk berlengah-lengah atau memanjangkan angan-angan. Lakukan apa yang kita mampu dengan terbaik. Semakin kita lakukan yang terbaik apa yang kita mampu maka kemampuan kita akan bertambah. Kekuatan kita akan bertambah seiring dengan doa dan taubat kita bukan dengan keluhan dan rasa lemah kita. Jika kita rasa lemah maka panjangkan munajat kita dab lazimkan taubat dan istighfar, bukalah lembaran-lembaran Al Quran dan selusurilah kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabat RA disana ada penyubur jiwa dan sumber kekuatan jiwa. Jika kita rasa kecewa dan ingin menangis maka menangislah dalam doa kita atau dalam sujud kita…sandarkan jiwa kita pada yang Maha Kuat lalu kekuatan akan menguasai diri kita. Jika jiwa kita masih berlengah maka hukumlah ia dengan puasa atau beberapa lembaran al Quran bukan dengan cercaan dan ejekan hingga jiwa kita semakin lemah dan berlengah.